Cuit Zaini Hassan

Sultan Selangor Murka? Azmin Ali MB Paling Pendek Riwayat?

BEBERAPA minit sebelum berbuka puasa hari kedua petang tadi, saya menerima satu panggilan.
Tak perlulah saya sebut siapa pemanggil itu. Tapi beliau kerap menghubungi saya dari semasa ke semasa.  Walaupun jarang bertemu tetapi beliau cukup istimewa.
Insan itu memang hebat dalam arena politik Malaysia.
“Saya dapat tahu Sultan cukup murka dengan MB Selangor, Azmin,” katanya pendek.
Saya bertanya pasal apa?  Mungkin dia akan menjadi MB Selangor terpendek tempoh perkhidmatan dalam sejarah negeri itu, jelas beliau.
Difahamkan sudah dua bulan Azmin tidak dititah menghadap Sultan. Dan kononnya, Sultan pun enggan menemui Azmin.
Benarkah?
Majlis-majlis rasmi pun kini diwakili oleh adinda baginda, Tengku Sulaiman. Nampaknya, baginda Sultan cuba mengelak daripada bertemu Azmin.
Apa masalah Azmin ini sebenarnya?  Bukan sahaja Sultan, kononnya ramai lagi yang sudah menjauhkan diri daripadanya.  Semasa belum mendapat kuasa, Azmin menjanjikan selagi ada bulan dan bintang. “Sudah dapat kuasa, lupa diri,” kata insan itu.
Sultan dikatakan murka kepada Azmin kerana tiga perkara. Pertama, katanya mengenai isu air Selangor yang gagal diselesaikan sehingga kini.
Kedua, isu lebuh raya Kinrara-Damansara (KIDEX) yang dibatalkan oleh Azmin. Projek itu amat diperlukan oleh rakyat. Azmin membatalkannya kononnya kerana projek itu membabitkan beberapa pihak UMNO.
Dan ketiga, katanya ialah kerana isu satu kejohanan sukan peringkat negeri yang berlangsung tidak lama dulu. Baginda Sultan dikatakan menitahkan Azmin supaya jangan menggunakan cogankata “Kita Lawan” untuk kejohanan itu, yang menurut baginda membawa konotasi politik yang negatif.
Namun, Azmin berdegil. Semua itu mengakibatkan Tuanku murka.
Itulah antara kata-kata sahabat itu kepada saya.

 HADI AWANG AKAN MENGADAP BAGINDA SULTAN?

Kata sahabat saya itu lagi, Sultan sudah bersedia untuk menerima menghadap Datuk Haji Hadi Awang yang bakal mengemukakan senarai nama pengganti Azmin. Perlu diingat Pas menguasai Selangor dari segi jumlah kerusi yang dimenanginya.
Kononnya, kata insan itu, dua nama telah disenaraikan.  Mereka adalah bekas MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan YB Iskandar Abdul Samad, Pesuruhjaya Pas Selangor yang juga ADUN Chempaka dan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Selangor.
Benarkah?
Kita tunggu dan lihatlah…

Leave a Comment

Your email address will not be published.