Cuit Zaini Hassan

Memang Bukan Lagi Bersih Yang Asal

Sorotan berikut adalah terjemahan daripada artikel tulisan seorang pemimpin parti pembangkang…

Pernahkah anda melihat pendirian orang Kristian yang telah kembali semula kepada pegangan agamanya? (Born again Christians).  Sebagai Kristian sebegitu, agenda pertama mereka ialah menuduh orang lain pasti akan terhumban ke neraka dan hanya dengan berpegang kepada Jesus Christ maka mereka akan selamat dan menikmati syurga.

Dengan itu, bermulalah misi mereka untuk kononnya menyelamatkan puak-puak yang sesat, walaupun sejak sekian lama mereka sendiri pernah hidup dalam kejahilan. Kita melihat situasi yang sama berhubung perhimpunan Bersih 4.0. Ramai yang bertanya sama ada saya akan menyertai perhimpunan tersebut. Jawapan saya ringkas – Tidak.

Tiba-tiba saya dihadapkan dengan pelbagai tuduhan mengatakan saya tidak mempedulikan tentang hal ehwal negara dan masa depan negara. Sama ada menghadiri perhimpunan Bersih atau tidak bergantung pada diri sendiri dan keputusannya perlu berdasarkan pelbagai sebab. Memang menjadi hak seseorang untuk turut mengambil bahagian, dan ia bukan hak atau dalam bidang kuasa saya untuk menahan mereka.

Bagaimana pun, tidak pula ramai yang tampil bertanya kenapa saya tidak akan menyertai perhimpunan itu. Ramai yang tidak tahu menahu pun alasan saya sebenarnya.

Sebagai permulaan, saya akan mengaku bahawa Bersih bermula dengan tujuan mulia untuk membantu ke arah reformasi sistem pilihan raya. Sedihnya, para oportunis politik yang melihat Bersih sebagai platform untuk mempromosikan diri mereka sebagai pembela keadilan telah merampas agenda inisiatif tersebut daripada kumpulan pengasas.

Kini, tiba-tiba sekarang kita melihat puak ahli politik yang menentukan hala tuju Bersih. Saya masih ingat pada satu ketika dalam perhimpunan Bersih, seorang tokoh politik terkenal meluangkan masa yang banyak di pesisir perhimpunan sehingga meriam air dilepaskan. Dengan tiba-tiba, dia meluru ke hadapan supaya seluruh tubuhnya terkena simbahan air.

Selepas itu kita melihat dia sibuk memuat naik status ke Facebook bagi menggambarkan seolah-olah dia yang mengetuai perhimpunan itu. Baginya, perhimpunan Bersih adalah agenda peribadi.

Apa pun, kita lupakan insiden tersebut, kerana sekarang amat jelas bahawa yang paling teruja dengan perhimpunan Bersih adalah orang Cina, terutama belia Cina yang diasuh dan dipengaruhi supaya hanya membenci UMNO. Dalam pilihan raya yang lalu, kaum Cina betul-betul percaya bahawa mereka akan dapat merampas kuasa politik, tetapi malangnya perjudian mereka itu gagal.

Sekarang, seperti yang berlaku sewaktu perhimpunan-perhimpunan Bersih terdahulu, ia memberikan satu lagi peluang untuk melemahkan kuasa majoriti dan dengan perlahan menyelinap masuk dan merampas kuasa. Menjelang perhimpunan Bersih pada hujung minggu ini, majoriti yang akan ke hadapan untuk mempromosikan Bersih adalah orang Cina.

Saksikan bagaimana mereka menjalankan promosi Bersih di pusat-pusat membeli-belah, selain menggunakan media sosial bagi menggalakkan penyertaan. Sketsa dan kartun yang disebarkan dalam blog dan Facebook menyeru semua orang supaya menyertai perhimpunan  tersebut, kebanyakannya memaparkan wajah orientalis dan mesej-mesej dalam bahasa Mandarin.

Bagi ramai orang Cina, adalah satu tindakan mulia untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan Bersih. Saya pernah bertanya ramai belia Cina, “Apa itu Bersih?” Kebanyakannya berkata, “Mahu kasi Najib turun.” Maka di situ jelaslah bahawa mereka tidak pun tahu matlamat sebenar Bersih. Hakikatnya, orang Cina sudah bangkit dan majoriti orang Melayu sekadar melihat.

Orang Cina enggan menyedari bahawa kemarahan kebanyakan orang Melayu sebenarnya ialah terhadap Najib dan bukan UMNO. Oleh yang demikian, puak Cina yang menggunakan Bersih untuk tujuan mencapai matlamat dan merealisasikan agenda tersembunyi ini sebenarnya sedang bermain dengan api.

Orang Melayu mungkin bersedia untuk menerima hakikat bahawa dari segi ekonomi mereka tidak mungkin akan dapat melawan Cina, tetapi orang Melayu sanggup menumpahkan darah mempertahankan kuasa politik mereka.

Orang Melayu semakin bimbang bahawa Cina sedang menggunakan sebahagian orang Melayu sebagai barisan hadapan untuk merampas kuasa dan apabila berjaya, mereka hanya perlu meletakkan syarat kepada kuasa Melayu.

Bagi saya, sokongan sepenuh hati orang Cina kepada Bersih bukan sesuatu yang amat membimbangkan. Mereka sebenarnya dapat inspirasi daripada perhimpunan-perhimpunan awam di Taiwan dan Hong Kong – mereka cuba meniru dan melakukannya di sini.

Secara serius, saya percaya perhimpunan Bersih pada hujung minggu ini tidak akan membawa banyak perubahan, tetapi kehadiran ketara orang Cina sudah cukup untuk meyakinkan orang Melayu bahawa mereka semakin hampir ke detik kehilangan kuasa, atau setidak-tidak kuasa politik mereka semakin lemah.

Oleh itu, satu-satunya premis untuk menyatukan Melayu ialah melalui perhimpunan Bersih.

Ia akan memastikan satu lagi kekalahan kepada orang Cina. Pada 2013, orang Cina berjudi dan gagal. Sebagai puak yang gemar berjudi, tidak mungkin susut kerakusan orang Cina untuk merampas kuasa dan bagi mereka perhimpunan Bersih sesuatu yang berbaloi walaupun ada kemungkinan mereka juga akan rugi akhirnya.

Jika anda sudah memutuskan untuk menyertai perhimpunan tersebut, ia sememangnya keputusan anda dan apa juga yang berlaku selepas itu kena tanggung sendiri. Saya hanya mengharapkan agar anda kembali dengan selamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published.