Cuit Zaini Hassan

PRU14: UMNO perkenal calon setahun awal? DAP sudah mulakan…

 

DAP nampaknya pantas bertindak dalam strategi PRU14nya apabila sudah menempatkan potensi calon-calon Melayu di kawasan-kawasan strategik.

Parti yang dicap sebagai parti cauvinis Cina itu bertindak demikian setelah tinjauan pendapat oleh Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati 2/3 responden yang diwawancara merasakan DAP parti anti- Islam, anti- Melayu dan hanya menjaga kepentingan Cina.

Menurut The Malaysian Insider, kajian itu dilakukan pada November terhadap 1,716 responden Melayu di Selangor dan peningkatan sentimen anti DAP sebahagian besarnya disebabkan serangan UMNO dan Pas.

Adakah amalan UMNO dan BN yang hanya meletak dan memperkenalkan calon pada saat-saat terakhir akan diteruskan?

Dulu bolehlah buat macam itu apabila ia kuat. Kini saya merasakan UMNO/BN harus mengambil pendekatan memperkenalkan calon-calon potensi lebih awal, lebih elok setahun supaya ada masa untuk menukar jika tidak disenangi oleh rakyat.

Jadikan contoh PRU13 sebagai iktibar. Seperti yang selalu saya kata, dalam Peperangan PRU14, kurang 750 hari dari sekarang, siapa bijak dia akan menang — walaupun tipis.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published.