Cuit Zaini Hassan

Mukhriz diguling di Kedah? Drama sedang berlangsung…

KENYATAAN AKHBAR MENDESAK PERUBAHAN PUCUK PIMPINAN NEGERI KEDAH

Pada 20 JAN 2016, l/kurang jam 1525 hingga 1540, bertempat di Bilik Mesyuarat Halia 2, Tingkat 2, Hotel Grand Alora, ALOR SETAR, UMNO KEDAH yang diketuai oleh  Dato’ AHMAD BASHAH MD HANIFAH, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO KEDAH telah mengadakan sidang akhbar meminta YAB Perdana Menteri melakukan perubahan pucuk pimpinan Negeri KEDAH yang dilihat gagal menggerakkan jentera parti khususnya UMNO  serta menjana  ekonomi Negeri.

Hadirin seramai 100 orang terdiri daripada Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri KEDAH, termasuk :

Ketua-Ketua Sayap PWUMNO

PPUMNO

Puteri UMNO Negeri KEDAH dan  majoriti wakil rakyat UMNO di Negeri KEDAH.

 

Diantara tokoh yang dikenali hadir ialah:-

Dato GHAZALI bin IBRAHIM-Tim. KUB Padang Terap / Setpol Menteri Kewangan
Dato JOHARI BAHAROM – KUB Kbg Pasu
Dato AZEEZ bin RAHIM – KUB Baling
Dato JAMIL KHIR bin BAHAROM – KUB Jerai / Menteri di JPM
Dato ROZAI bin SHAFIAN-KUB Pendang

Datin Norashimah bt Md Nowar – Ketua Puteri KEDAH
Dato SHAIFUL AZIZY bin ZAINAL ABIDIN- Ketua PPUMNO KEDAH
Dato MAZNAH bt ABD HAMID- Ketua PWUMNO KEDAH

 

Ucapan Dato Seri AHMAD BASHAH

“Seluruh pimpinan dan wakil rakyat UMNO KEDAH berhimpun untuk menyatakan bahawa kami hilang kepercayaan ke atas kepimpinan Dato Seri MUKHRIZ sebagai MB dan pengerusi perhubungan UMNO KEDAH.kegagalan beliau untuk menyatupadukan UMNO dan Jentera Parti di semua peringkat Negeri KEDAHTiada sebarang perancangan yang strategik oleh UMNO untuk menghadapi PRU ke 14.

Sebagai MB KEDAH beliau juga gagal untuk urustadbir kerajaan negeri.

Sebab itu kami berhimpun untuk merayu dan membuat permohonan kepada Perdana Menteri untuk menukar MB KEDAH dan Pengerusi Perhubungan Negeri KEDAH.

Kami berharap PM akan segera mengambil tindakan terhadap perkara ini, demi menjaga parti dan rakyat di Negeri KEDAH dan kita juga akan menyokong sebarang keputusan yang akan diambil oleh YAB. Perdana Menteri.”

 

Kesemua Ketua UMNO Bahagian telah hadir kecuali JERLUN, manakala  PADANG TERAP akan diwakili oleh Dato Seri GHAZALI IBRAHIM kerana Dato Seri MAHDZIR KHALID berada di LONDON.

Manakala turut dikesan hadir ialah Dato AZMI DAIM – Setpol MB KEDAH dan PIJA Serta ANAS – Pegawai Khas MB. Kehadiran mereka ini dipercayai bahawa untuk memantau keadaan.

 

Drama malam ini sedang berlangsung…

 

20160120052748

20160120053752

Leave a Comment

Your email address will not be published.